Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@nstp.com.my

Pasir Gudang: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan merasmikan Masjid Besar Bandar Seri Alam di sini, semalam.

Tunku Ismail turut berkenan menyempurnakan solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah di masjid itu yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Azmi Rohani.

Khutbah dan solat Jumaat dibaca serta diimamkan Imam Masjid Besar Bandar Seri Alam Md Yazid Derus.


Tunku Ismail menarik tirai sebagai gimik perasmian sambil diperhatikan Mohamed Khaled (kiri) pada majlis Perasmian Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, semalam.

Tunku Ismail seterusnya bersantap tengah hari bersama tetamu dan jemaah sebelum berangkat meninggalkan majlis jam 2.30 petang.

Masjid Besar Bandar Seri Alam yang boleh memuatkan 1,750 jemaah pada satu-satu masa dibina pada 2016. Ia digunakan untuk solat Jumaat pada 23 Februari tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 4:14 AM