Rosli Ilham
am@hmetro.com

MANGSA letupan tong dram di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka, meninggal dunia hari ini selepas empat hari bertarung nyawa.

Muhammad Salehuddin Mohd Noor, 26, yang melecur di seluruh badan disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan melecur teruk ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dalam kejadian 15 Februari lalu, mangsa melecur teruk ketika melakukan kerja memotong tong drum berisi alkohol yang meletup, jam 11.40 pagi.

Mangsa yang berasal dari Negeri Sembilan dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, jenazah dituntut keluarganya sebelum dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2018 @ 8:00 PM