HM Digital

SAMBUTAN Tahun Baru Cina berlangsung meriah di seluruh negara bermula malam semalam dengan ahli keluarga berkumpul untuk makan besar dan melakukan upacara tradisi lain.

Hiasan menjadi elemen utama perayaan, malah setiap keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menghiasi kediaman masing-masing.

Kemeriahan turut dirasai dalam kalangan keluarga majmuk seperti Keluarga Tan Sock Huay di Pasir Gudang, Johor apabila masing-masing tidak melepaskan peluang untuk berkumpul bersama.


PERPADUAN dan keharmonian keluarga Tan Sock Huay (Ahma) dan suaminya Tan Boon Hock (Ahgong) terserlah ketika tradisi makan besar di kediaman mereka di Taman Rinting Masai Pasir Gudang yang turut disertai seorang daripada tiga anaknya yang sudah memeluk Islam.

PEKERJA kedai perhiasan tanglong, Tan Kong Fatt, 55, menyusun bunga untuk dijual di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

LEE Chien Yonn, 22 (kiri) bersama saudaranya menghias pokok di laman rumah mereka di Kampung Baru, Jalan Teruntum, Kuantan dengan tanglung sempena Tahun Baru Cina. FOTO Muhd Asyraf Sawal

MARSYA Iman (tengah depan) berkongsi ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ bersama rakan yang menyambut Tahun Baru Cina di Bukit Jelutong, Shah Alam.

PENGUNJUNG berjalan di bawah hiasan tanglung merah di Zia Yuan Tan Chinese Tempe Jalan Merbok, Taman Loop, Seremban. FOTO Hazreen Mohamad

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2018 @ 10:13 AM