PESERTA Zumba pada Festival GegaRia Edisi Kedua. FOTO Eizairi Shamsudin
Nurul Amanina Suhaini
bhjb@bh.com.my


FESTIVAL GegaRia edisi kedua yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru mula dibanjiri pengunjung, hari ini.

Pembuka tirai Festival GegaRia anjuran Media Prima Berhad itu bermula dengan zumba oleh jurulatih kecergasan, Hanif Shawn, seawal 8.30 pagi dengan menyaksikan pembabitan hampir 500 pengunjung.

Seramai 500 pengunjung terawal yang mendaftar untuk acara zumba, membawa pulang beg istimewa dan baju-T edisi terhad Festival GeGaria.

Acara itu turut diselitkan dengan beberapa segmen cabutan bertuah yang menawarkan empat utas jam tangan masing-masing bernilai RM1,299 setiap satu dengan mendaftar menerusi #gogegaria.

Aktiviti kecergasan Zumba pagi ini adalah sebahagian daripada aktiviti menarik yang berlangsung di bawah Zon Gaya Hidup #Gegaria.

Antara aktiviti lain yang turut diadakan sehingga 11 malam nanti adalah sukan rakyat, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, aktiviti permainan buih gergasi, tutorial mekap, demonstrasi masakan dan persembahan artis.

Kemuncak program akan menyaksikan persembahan menarik artis tempatan seperti Plague of Happiness, Priscilla Abby, De Fam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Masdo dan Bunkface

Festival GegaRia menampilkan lima zon kontena iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 9:51 AM