FAZLISYAM (kanan) menunjukkan salinan gambar Erwady yang dikesan bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan. FOTO Ghazali Kori
Zaid Salim
am@hmetro.com.my


LELAKI, 35, dikesan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes ugutan jenayah dan jenayah kekerasan yang dilaporkan berlaku di Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, lelaki itu dikenali sebagai Erwady Sapiet @ Shafai dan berasal dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut.

"Suspek berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan ugutan jenayah yang dilaporkan berlaku pada 2016 dan tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat, suspek yang popular dengan gelaran Die Kuala sudah berkahwin dan dipercayai masih berada serta bersembunyi di negeri ini," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Asisten Superintendan Mohd Faizal Mohd Salleh di talian 012-6747417 atau 09-6354814 dan balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 5:52 PM