Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


MITSUBISHI Motors Malaysia Sdn Bhd (MMM) pengedar utama kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia melancarkan model terbaru trak pikap Triton Athlete dengan ciri lebih sporty.

Dilengkapi enjin 2.4 liter MIVEC DI-D diesel turbo VGT ia menjana kuasa 181 PS pada 3500 rpm dan tork 430 Nm pada 2500 rpm.

Antara sentuhan baru pada model ini ialah bampar hadapan dipadankan dengan jeriji corak honeycomb berwarna hitam, wheel arches, tangga sisi, bampar belakang, pemegang pintu, rim aloi 17 inci dan cermin sisi.

Bahagian dalaman dihiasi warna hitam dan oren dengan kerusi kulit juga pelapik lantai edisi khas Athlete serta tombol gear kulit, konsol tengah dan roda stereng.


Mitsubishi Triton Athlete baru dilancarkan di Petaling Jaya.

Untuk sistem hiburan dan multimedia ia kini dipasang dengan skrin sesentuh yang menyokong aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto.

Harga jualan Mitsubishi Triton Athlete ialah RM126,990 (Termasuk GST atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti atau 200,000 kilometer (km) yang mana lebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 3:16 PM