LENNARD (dua kiri) melancarkan CaltexHavoline Super 4T. FOTO Mohd Razlan Salleh
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


CHEVRON Malaysia Limited melancarkan minyak pelincir CaltexHavoline Super 4T diperbaharui, khusus untuk motosikal dan skuter.

Ditawarkan dalam gred sintetik dan mineral, produk terbaru ini turut dilengkapi teknologi Zoomtech yang menawarkan pelindungan maksimum terhadap enjin.

Pengurus Pemasaran Serantau Asia Pasifik Chevron Lubricants, Lennard Kwek berkata, teknologi termaju itu membolehkan operasi enjin berada dalam keadaan optimum terhadap sebarang keadaan jalan raya.

"Havoline Super 4T juga dilengkapi teknologi tersendiri dikenali sebagai C.O.R.E (Clean, Oxidation, Reduces, Enhance) yang membantu mengurangkan tekanan terhadap enjin.

"Kajian mendapati Havoline Super 4T Super Sintetik melebihi 50 peratus spesifikasi ditetapkan industri terhadap kesan oksidasi manakala semi sintetik pula 13 peratus lebih baik terhadap geseran enjin," katanya ketika majlis pelancarannya, hari ini.

Katanya, minyak pelincir skuter berasaskan sintetik dan mineral pula menepati piawaian JASO MB untuk motosikal moden.

Antara gred ditawarkan termasuklah Super 4T Fully Syntetic

SAE 5W-40, Super 4T Semi Syntetic

SAE 10W-40 dan mineral.

Harga ditawarkan bermula RM24 (mineral), RM30 (semi sintetik) dan RM67 untuk sintetik penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 2:25 PM