Najib bertemu Raja Salman di Istana Al-Yamama, Riyadh.
HM Digital

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud membincangkan hubungan dua hala serta kerjasama masa depan dalam satu majlis di Istana Al-Yamama, di Riyadh, semalam.

Arab News melaporkan dalam pertemuan itu mereka juga berbincang mengenai perkembangan terbaru di rantau berkenaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri melalui catatan di Twitter semalam merakamkan ucapan terima kasih terhadap layanan mesra yang diberikan atas kunjungan beliau itu.

“Pertemuan yang sangat baik dengan Baginda Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Masjid Suci.

“Terima kasih terhadap layanan mesra dan persahabatan yang kuat di antara dua negara persaudaraan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 3:23 AM