PONDOK tol yang dirempuh lori di Plaza Tol Bukit Raja petang tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Faliq Lajim
am@hmetro.com.my


LORI terbabas sebelum merempuh pondok tol di Plaza Tol Bukit Raja petang tadi.

Kejadian 4.50 petang itu turut menyebabkan lori dipandu lelaki berusia 58 tahun mengheret sebuah pondok tol.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu dipercayai terbabas ketika tiba di tempat kejadian.

"Pemandu itu mahu memasuki lorong tol nombor 15 namun terbabas dan melanggar pondok tol di lorong nombor 16.

"Kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain, hanya lori dan pondok tol itu saja," katanya.

Beliau berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada pemandu lori itu sebaliknya daripada penyelia tol.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan LN 166/59.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 8:50 PM