ALL-New Kia Picanto bakal dilancarkan 10 Januari ini.
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@hmetro.com.my


NAZA Kia Malaysia bakal melancarkan generasi ketiga All-New Kia Picanto dengan reka bentuk terbaru, futuristik dan prestasi terbaik dalam kelasnya.

Model kenderaan segmen A itu turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan terbaik termasuk casis Advanced High Strength Steel (AHSS) yang lebih tahan lasak dan kukuh.

Selain itu, enam beg udara pada bahagian hadapan dan sisi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa terjamin.

Aspek infotainment All-New Kia Picanto turut dipertingkatkan apabila ia ini didatangkan bersama skrin sentuh tujuh inci yang boleh dihubungkan melalui telefon pintar menggunakan Apple CarPlay atau Android Auto dengan pengecaman suara.

Ini membolehkan pemilik melayari fungsi telefon pintar mereka seperti muzik, panggilan, mesej dan navigasi dengan mudah.

All-New Kia Picanto juga memiliki kapasiti ruang bagasi lebih besar dengan keluasan 1,010 liter apabila kerusi barisan kedua dilipat sepenuhnya.

Model ini akan dilancarkan pada 10 Januari ini dan mereka yang berminat untuk membuat tempahan awal, boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Kia yang terpilih di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 7:46 PM