NOR Farizan bersama suaminya, Mohd Nizam menziarahi kubur Farah Natasya di Tanah Perkuburan Islam Senawang, semalam.
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my

Seremban: “Sebelum arwah meninggal, dia meminta saya mengusap belakang badan. Saya masih teringat permintaan terakhirnya menyebabkan hati ini begitu sebak,” kata Nor Farizan Mokhtar, 40, ibu kepada seorang remaja perempuan, Farah Natasya Hira Mohd Nizam, 13, yang meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang kronik, Khamis lalu.

Nor Farizan berkata, permintaan itu disuarakan arwah ketika dia mahu tidur jam 10 malam selepas dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).


LAPORAN Harian Metro, 19 Disember lalu.

Katanya, anak ketiga daripada lima beradik berkenaan sebelum itu dimasukkan ke HTJ pada jam 5 petang, Rabu lalu selepas mengadu sukar bernafas.

“Sepanjang berada di wad, saya dan suami, Mohd Nizam Razali, 42, sentiasa menemaninya. Ketika itu arwah begitu manja dan kami membelainya seperti bayi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 10:13 AM