Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket dadah hasil penahanan tiga lelaki tempatan dan rampasan pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM1.7 juta dalam empat serbuan di Selangor dan Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Serbuan bermula 4.15 pagi oleh anggota JSJN bersama elemen Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING).

€ŽPengarah JSJN Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, serbuan pertama dilakukan di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas 13 kilogram (kg) dadah jenis ketamin.

€Ž"Serbuan kedua di Taman Bukit Serdang merampas 2,160 paket serbuk minuman segera yang sudah dicampur dadah ekstasi seberat 19.44 kg.

€Ž"Manakala serbuan ketiga di Jinjang Selatan Tambahan menahan seorang lelaki berusia 56 tahun dan merampas 12.94 kg bahan asas kimia epherdrine yang digunakan untuk membuat syabu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, pagi tadi.


N Datuk Seri Mohmad Salleh menunjukkan dadah bernilai RM1.7 juta dirampas.

Ž Beliau berkata, tangkapan terakhir seorang lelaki berusia 47 tahun dlakukan dii Bandar Seri Putra, Puchong.

Ž "Semua suspek positif dadah dan salah seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah.

€Ž"Kami percaya dadah yang dicampur dalam bungunsan minuman segera itu sebagai taktik pemasaran selain bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ia dijual di pusat hiburan pada harga RM350 satu paket.

€Ž"Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM1.7juta. Malah, kami turut menyita dua kereta iaitu Proton Persona dan Perodua Myvi," katanya.

Ž Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 12:32 PM