Datuk Seri Alwi Ibrahim haram 21 penerbitan
Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 391-401 bertarikh 19 Disember kerana boleh memudarat atau mengelirukan pembaca terutama generasi muda.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Katanya, perintah ini menetapkan pencetakan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

"Semua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan memudaratkan kepentingan awam.

"Malah secara keseluruhannya, ia dilihat boleh memudarat atau mengelirukan pembaca terutama generasi muda dan ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, Alwi berkata, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

Katanya, mereka boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua- duanya jika sabit kesalahan seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301.

"Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03188868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my,"katanya.

Senarai Tajuk Penerbitan dan Isi Kandungan

1 Assalamualaikum : May Peace Be Upon You Observations On The Islamisation Of Malaysia

- Mempromosi idea sekularisme, liberalisme dan pluralisme. Isi kandungan juga turut mengkritis institusi agama, mempertikai keputusan mahkamah, perlembagaan dan undang-undang. Dikhuatiri memesongkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2. ‹(Qun Jiao Wang Shi)

3. ƒ‘ (36F Da Bo Mei De You Huo)

4. (Guo Nan Nv No.2)

- Kompilasi cerita-cerita seks dan porno yang keterlaluan. Turut memuatkan gambar model seksi dengan pakaian separuh bogel.

5. Antithesis

- Mempromosi ajaran syiah dan idea liberalisme. Fakta agama dikupas dengan menggunakan logik akal. Dikhuatiri memesongkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6. Loaded (No. Keluaran 242)

- Memuatkan gambar wanita dan lelaki dalam keadaan bogel dan separuh bogel. Dikhuatiri mengundang kemudaratan dari aspek moral

7. 100 Keajaiban Di Dunia

8. Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki

9. Senjata & Pendinding Mukmin

10. Asma Ul-Husna : Rahsia Dan Amalan 99 Nama Allah

11. Rahsia Dan Kelebihan Kayu Kokka : Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat NabiMusa AS

- Mengandungi fakta mengelirukan dan bersifat khurafat. Turut mengandungi unsur tahyul dan azimat. Bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam.

12. Perjalanan Yang Cemerlang 1930 - 1980

- Mempromosi fahaman komunisme. Turut mengandungi unsur provokasi dan propaganda komunis.

13. It's All About Muhammad : A Biography Of The World's Most Notorious Prophet

- Mengandungi fakta tidak benar dan ilustrasi yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam. Turut memuatkan penghinaan terhadap nabi Muhammad SAW.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Disember 2017 @ 12:07 PM