Mayat mangsa ditemui jan 1.30 tengah hari tadi.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my

KANAK-KANAK lelaki, 12, yang hilang selepas mandi di Pantai Kuala Pontian, Rompin semalam, ditemui lemas 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa, Nik Hafizuddin Nik Aziz berasal dari Kampung Parit Raja Pontian, Rompin ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi dia dikatakan mandi bersama abang dan rakannya.

€œOperasi mencari dan menyelamat (SAR)pagi tadi sebelum mangsa berjaya ditemui anggota bomba dan penyelamat.

€œMayat mangsa kini dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepda keluarga untuk urusan pengebumian.

Dalam kejadian 3.45 petang semalam, mangsa dikatakan mandi bersama abang dan empat rakannya berusia 12 hingga 15 tahun sebelum mangsa dihanyutkan arus ombak yang kuat.

Azli berkata, bapa kanak-kanak terbabit memaklumkan, Nik Hafizuddin anak keempat dari enam beradik keluar rumah kira-kira jam 3 petang bersama abang dan rakannya dengan menaiki motosikal untuk ke pantai.

Katanya, ketika mandi mangsa hanya berseluar pendek hitam dan tidak berbaju sebelum dikatakan menjerit meminta pertolongan selepas dihanyutkan arus.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2017 @ 3:13 PM