Usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas giat dijalankan. FOTO Ihsan PDRM
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my


KANAK-KANAK lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas mandi di Kuala Sungai Pontian, Rompin, jam 3.30 petang hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa Nik Hafizuddin Nik Aziz dikatakan mandi bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 15 minit kemudian sebelum mengarahkan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“€œUsaha mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan. Pihak kami turut dibantu pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat daerah selain penduduk kampung.

“€œKeterangan rakan mangsa juga sedang direkodkan. Skop operasi diperluaskan hingga ke kawasan pantai dengan menggunakan beberapa bot penyelamat pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak mereka terutama yang ingin melakukan aktiviti bermandi-manda di kawasan yang berisiko dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2017 @ 9:25 PM