Keadaan motosikal ditunggang mangsa. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my


NELAYAN maut selepas motosikal ditunggang merempuh tembok konkrit manakala adiknya cedera parah dalam kemalangan dekat Permatang Tok Labu, Butterworth, tengah malam semalam

Kejadian berlaku 12.45 tengah malam ketika mangsa, Mohd Faijan Mah Hazir, 31, menunggang Honda Wave bersama adiknya Mohd Faizal, 27.

Kejadian berlaku ketika mereka yang menetap di Kuala Bekah, Penaga dalam perjalanan menghala Permatang Bendahari.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, motosikal mangsa dipercayai terbabas dan merempuh tembok konkrit di kiri jalan.

"Berikutan rempuhan itu, mangsa tercampak beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Adik mangsa yang membonceng motosikal cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Disember 2017 @ 7:13 PM