Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 65 individu warga China yang terbabit dengan sindiket Macau Scam dalam serbuan serentak di pusat bandaraya ini, Selangor dan Pulau Pinang pada 12 Disember lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, operasi khas itu turut diadakan serentak di Hunan dan Guangdong, China dengan kerjasama polis negara terbabit.

“€œDalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, kami menahan 65 individu warga China yang berusia 30 hingga 45 tahun di rumah dan premis sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket Macau Scam.

“€œDalam serbuan di Hunan dan Guangdong, China pula seramai 75 individu warga China ditahan pihak polis negara itu yang terbabit dengan sindiket berkenaan,”€ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, hari ini.

Amar Singh berkata, sindiket terbabit dipercayai sudah aktif sejak dua tahun lalu dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat panggilan bagi menipu mangsa di China.


Chan menunjukkan statistik peningkatan kes Macau Scam dan kerugian RM3.2 juta sejak awal tahun ini. FOTO Zuliaty Zulkiffli

“€œBerdasarkan rekod, sebanyak 20 juta yuan atau RM13 juta kerugian direkodkan membabitkan mangsa yang ditipu sindiket berkenaan.

“€œSemua suspek memasuki negara ini sebagai pelancong. Mereka ditahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa China untuk tindakan lanjut,”€ katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, sindiket terbabit turut mendedahkan kegiatan sindiket judi dalam talian di sebuah premis di Kuchai, Kuala Lumpur.

“€œKami menahan tiga lelaki dan tiga wanita tempatan berusia 20 hingga 30 tahun yang terbabit dengan sindiket judi dalam talian menggunakan media sosial sebagai saluran untuk bermain judi.

“€œSindiket itu dipercayai sudah aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak enam bulan lalu dengan pendapatan diperolehi dianggarkan RM300,000 sebulan,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 2:15 PM