MAKLUMAT yang tular di laman sosial *gambar kecil) mengaitkan kumpulan suspek dengan kejadian pecah rumah.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
azimfitri@hmetro.com.my


EMPAT anggota polis ditahan dipercayai terbabit memecah masuk rumah ahli perniagaan di Taman Alam Perdana, Kuantan, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua suspek tiga berpangkat Lans Koperal dan seorang Koperal ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 4 petang kelmarin.

Katanya, semua suspek berusia 25 hingga 36 tahun ditangkap berdasarkan maklumat yang tular di laman sosial mengaitkan kumpulan suspek dengan kejadian pecah rumah yang dilaporkan pada 10 November lalu.


ABDUL Aziz (tengah) berkata semua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan. FOTO Azim Fitri

“Maklumat yang tular itu memaparkan rakaman wajah suspek melalui kamera di pondok pengawal kawasan perumahan berkenaan.

“€œSiasatan awal mendapati kumpulan ini dipercayai memecah masuk rumah ahli perniagaan berkenaan ketika mangsa tiada di rumah. Suspek telah melarikan sejumlah karton rokok sebelum disedari mangsa pada 9 November lalu yang kemudian membuat laporan polis keesokan hari,” katanya dalam sidang media di IPD Kuantan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, dengan tertangkapnya semua suspek pihaknya berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau berkata, semua anggota polis yang bertugas di bahagian tugasan am itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2017 @ 12:38 PM