Empat kedai di medan selera di hadapan Kompleks Haji Ismail Group, Kuah, Langkawi terbakar malam ini. FOTO ihsan bomba
Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

EMPAT kedai di medan selera di hadapan Kompleks Haji Ismail Group, Kuah, Langkawi terbakar malam ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu 8.38 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

Menurutnya, anggota dari BBP Putra turut membantu memadamkan kebakaran.

"Sebaik tiba mendapati api sedang marak sebelum usaha memadamkan kebakaran dijalankan mengunakan dua aliran dan empat pancutan.

"Api berjaya dikawal 8.45 malam dan kerja-kerja pemadaman api secara keseluruhan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media.

Mohamad Mustakim berkata, kedai pertama musnah 30 peratus, kedua 80 peratus, ketiga 30 peratus dan keempat 10 peratus.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 11:38 PM