Laporan Harian Metro sebelum ini
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my


TEMPOH reman tiga penjenayah termasuk dua anggota polis yang menyamun dan menembak peniaga di Jaya Gading, Kuantan pada 25 November lalu dilanjutkan sehingga 8 Disember ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Abdul Rahman berkata, tempoh reman itu dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan selain menyia

sat sekiranya suspek terbabit dengan jenayah lain.

Katanya, mangsa yang berusia 55 tahun sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas hampir dua minggu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

"Mangsa sudah keluar dari hospital pada 1 November lalu namun masih perlu menjalani rawatan susulan.

"Kita masih meneruskan siasatan terhadap semua suspek termasuk pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat permuafakatan bersama Jabatan Pendidikan Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi mangsa yang juga peniaga kedai runcit di Kampung Jaya Gading parah selepas ditembak di leher selepas disamun oleh tiga penjenayah termasuk dua anggota polis berpangkat koperal dan konstabel.

Kesemua suspek dikatakan memperdaya mangsa kononnya untuk mahu membeli 11 karton rokok sebelum berlaku pergelutan di antara mangsa dengan salah seorang suspek yang kemudiannya mengeluarkan sepucuk Revolver daripada beg pinggang sebelum melepaskan tembakan mengenai leher mangsa.

Sebelum itu suspek menahan seorang penunggang motosikal berhampiran sebuah premis di Jalan Wong Ah Jangkira-kira jam 2 pagi dan melakukan pemerasan jenayah. 

Kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Berita berkaitan:

Dompet anggota tercicir rupanya

Penyamun tercicir barang bukti

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 9:05 PM