PENDUDUK Kampung Kubang Keranji mengharungi banjir termenung di jalan utama yang dihadapi lebih 1,000 penduduk di sepuluh buah kampung di dalam kawasan Limbat dan Pendek, Pasir Tumbuh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan terus menurun kepada 2,667 orang 9 malam ini berbanding 5,972 orang 3 petang tadi.

Semua mangsa banjir membabitkan 981 keluarga ditempatkan di 14 PPS di tiga daerah

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan Pasir Mas masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi 1,602 orang di lapan PPS.

Jumlah itu menurun berbanding 3,434 mangsa 3 petang tadi.

Mangsa banjir di Tumpat turut menurun kepada 1,041 orang berbanding 2,514 mangsa petang tadi.

Pasir Puteh kekal 24 orang membabitkan lima keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

Paras air Sungai Golok terus menurun namun masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.66 meter (m).

Sementara itu, tujuh jalan yang masih ditutup kepada kenderaan dengan empat di Pasir Mas, masing-masing satu Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 9:53 PM