KEADAAN Pekan Rantau Panjang, semalam yang semakin pulih setelah mengalami banjir. FOTO Fathil Asri
Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 8,193 orang setakat 9 pagi, hari ini berbanding 8,195 orang, 12.30 malam tadi.

Semua mangsa membabitkan 3,255 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Jumlah pengurangan itu berikutan dua mangsa di daerah Kota Bharu pulang ke rumah pagi ini.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, mangsa di Pasir Mas masih kekal dan merekodkan jumlah tertinggi dengan 4,804 orang daripada 2,040 keluarga di 19 PPS, diikuti Tumpat 3,328 orang, Pasir Puteh (24) dan Kota Bharu 37 mangsa.

Paras air Sungai Golok terus menurun namun masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.88 meter (m) berbanding tengah malam tadi di 10.04 m.

Sebanyak 13 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan dengan tujuh di Pasir Mas, empat di Tumpat dan masing-masing satu di Gua Musang dan Kota Bharu.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 11:21 AM