TERIMA KASIH PDRM
Mohd Helmi Irwandi Mohd Noor
mohdhelmi@hmetro.com.my


LELAKI maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta yang sedang membelok dalam kemalangan di Jalan Tiroi, Batu 7, Labu.

Mohamad Ariff Abd Aziz, 25, dalam kemalangan pada 11.50 malam tadi.

Ketua Polis Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata kemalangan berpunca apabila pemandu Perodua Kenari berusia 71 tahun dari Batu 8 ke Seremban, cuba membelok ke kanan untuk berhenti di kedai makan.

Beliau berkata, secara kebetulan motosikal datang dari arah bertentangan, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta terbabit.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

“Polis sudah merekodkan keterangan pemandu Perodua Kenari dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan

Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 12:09 PM