KAWASAN di Kampung Pulau Ular, Tumpat yang dilanda banjir. FOTO Syamsi Suhaimi
Maiamalina Mohamed Amin
am@hmetro.com.my


JUMLAH mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan meningkat kepada 13,935 orang setakat 12 tengah malam, berbanding 13,666 pada 9 malam tadi.

Jumlah itu membabitkan 5,515 keluarga yang ditempatkan di 62 PPS di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Tumpat.

Portal eBanjir Kelantan merekodkan pertambahan ketara mangsa di Tumpat dengan 2,338 orang berbanding 1,862 orang.

Namun Pasir Mas masih mencatat jumlah tertinggi iaitu 10,445 mangsa daripada 4,352 keluarga.

Mangsa di PPS di Pasir Puteh tidak banyak berubah iaitu 821 orang, manakala Tanah Merah, 117 orang.

Kota Bharu juga masih membuka empat PPS untuk menempatkan 214 mangsa daripada 63 keluarga.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras bahaya, masing-masing 10. 35 meter dan 3.71 meter.

Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai (32.48m) dan Sungai Golok di Jenob (21.84m)beradaparas berjaga-jaga.

Sebanyak 22 jalan masih ditutup kerana dinaiki air iaitu 14 di Pasir Mas, empat di Tumpat; tiga di gua musang; dan satu di Kota Bharu.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 1:09 AM