NAJIB lepaskan peserta berbasikal. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan peserta berbasikal Gen-Y Resilient Melaka Fun Ride bersempena ‘Gen-Y Green The City Melaka 2017’ di Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Peserta yang terdiri daripada 2,000 golongan belia, berkumpul sejak 7 pagi berhampiran Dataran Merdeka, di sini, dilepaskan Najib pada 9.10 pagi dan perlu melengkapkan kira-kira 5 kilometer kayuhan berakhir di Dataran 1Malaysia, Klebang.

Turut mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Majlis Gabungan Belia Malaysia (MGBM) Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Selepas melepaskan peserta berbasikal, Najib dijadual ke Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, untuk merasmikan Program Gen-Y Green The City Melaka 2017, bersempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 10:33 AM