KETUA Pegawai Eksekutif GiatMara, Jamal Nasir Othman (kanan) mendengar penerangan jurulatih Composites Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd di GiatMara Simpang Ampat, Alor Gajah. FOTO Zairee Mohd Yasak
Zairee Mohd Yasak
am@hmetro.com.my


PELAJAR tahfiz kini mempunyai peluang seimbang dengan pelajar aliran nasional apabila boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang pembuatan komposit aeroangkasa di Pusat Giat Mara.

Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Jamal Nasir Othman, berkata pelajar lulusan sekolah tahfiz boleh memohon sebagai perantis juruteknik aeroangkasa bagi pengambilan Januari tahun depan.

“GiatMara mendapat kerjasama Composites Technology Research Malaysia (CTRM) dalam usaha meningkatkan bilangan pekerja mahir dan meramaikan usahawatan teknologi tinggi.

“Peluang ini terbuka juga kepada pelajar sekolah tahfiz dan mereka yang berminat mempelajari bidang terbabit perlu menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk al-Quran dan sihat tubuh badan,” kata Jamal Nasir ketika merasmikan pelancaran krusus terbabit di Giat Mara Simpang Ampat, Alor Gajah, hari ini.

Menurutnya, pengwujudan kursus terbabit bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara pemain industri dan pembangunan modal insan.

Jamal Nasir berkata, 25 pelajar dari seluruh negara sedang menjalani pembelajaran dalam bidang terbabit bermula September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 7:05 PM