KEADAAN banjir kilat di Klang. FOTO Ihsan Bomba
Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


HUJAN lebat hampir dua jam bermula 3 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang dinaiki air setinggi 0.3 hingga 0.6 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, antara kawasan yang terbabit adalah Taman Maznah, Taman Rashna dan Jalan Bukit Raja berhadapan pusat beli-belah Aeon.

Menurutnya, tiada pemindahan penduduk dilakukan sehingga kini kerana air mulai surut.

"Kejadian banjir kilat disebabkan hujan lebat dan paras air meningkat secara mendadak.

"Bagaimanapun paras air di Sungai Teluk dan Sungai Rasah mulai menurun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 7:15 PM