Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


LELAKI mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching, di Petra Jaya hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki, 4 September lalu.

Tertuduh, Fazlie Zainuddin, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman kepada 15 Disember ini selepas tertuduh mendakwa tidak waras sebaik pertuduhan dibaca untuk kali kedua.

Dayang Ellyn Narisa mengarahkan tertuduh yang juga bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal itu menjalani pemantauan psikatri di Hospital Kota Sentosa selama sebulan bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dituduh menyentuh dada mangsa, 14, di kawasan pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak antara 2 hingga 3 petang, 4 September lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama di hadapan Paragon Mall di Batu Kawa antara 3 hingga 4 petang, hari yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara setahun selepas mengaku bersalah ataskesalahan pemalsuan dokumen, 21 September lalu.

Tamat

Keterangan gambar

1) Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuching

#kw cabul remaja, bekas anggota polis

#loc 1.5968359999999999, 110.33327300000001

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 2:10 PM
ANGGOTA polis mengiringi tertuduh (kanan) di Mahkamah Sesyen Kuching. FOTO Jannah Kho