GAMBAR hiasan
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

TIGA wanita Indonesia berusia 21, 22 dan 25 tahun diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia di kilang membuat sarung bantal di Machang Bubok,Bukit Mertajam pada 10.40 pagi hari ini.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu, ketiga-tiga mereka ditemui dikurung di tingkat dua kilang itu.

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menjumpai ketiga-tiga mangsa ketakutan bersembunyi di dalam tandas.

Beliau berkata, susulan itu, polis menahan empat suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan tempatan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Menurutnya, keempat-empat mereka ditahan dan perintah reman akan dipohon pihaknya pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 11:24 PM