Jururawat yang hamil tiga bulan maut selepas motosikal yang ditunggangya bertembung dengan lori pasir di
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

SEORANG jururawat yang hamil tiga bulan maut selepas motosikal ditunggang bertembung lori pasir, di

Jalan Bandar,Tasik Puteri, Rawang, disini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, mangsa Noorazlia Idris,26 menunggang secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Puteri.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori pasir membuat pusingan U sebelum memasuki laluan mangsa dan bertembung dengan mangsa.

"Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa adalah jururawat sebuah pusat dialisis di Rawang,"katanya.

Ali berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

"Polis sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan lori berkenaan turut disita bagi tujuan siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2017 @ 12:08 AM