Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.commy

mhafis@hmetro.com,my

POLIS masih menunggu sampel ujian asid deosiribonukleik (DNA) pihak keluarga lima mangsa yang rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, Sungai Petani kelmarin bagi mendapatkan pengesahan identiti mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, setakat ini sampel DNA mangsa sudah diambil namun hanya menunggu sampel pihak keluarganya sahaja untuk mengesahkan identiti mereka.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dari semasa ke semasa dengan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang untuk proses mengambil sampel itu.

"Mangsa yang terselamat dalam kebakaran itu masih tidak sedar diri dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar," katanya.

Sementara itu mangsa keenam kejadian kebakaran itu meninggal dunia 2.15 petang hari ini.

Saifi berkata, mangsa dikenali Samsul, 40, yang melecur teruk dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dilaporkan keadaan kritikal sebelum meninggal dunia hari ini

Portal Berita Harian Metro kelmarin melaporkan lima mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, di sini, dan seorang lagi yang melecur, disahkan sebagai warga Indonesia.

Mereka yang terbunuh termasuk pasangan suami isteri dikenali sebagai Mat Holel Tubat, 40 dan Ume, 35, Misbah Hul Anwar, 17, Tabiyah, 67 dan Habi Tokrimin, 40.

Mayat Mat Holel dan Ume dikatakan ditemui rentung dalam keadaan bertindih di bilik belakang manakala mayat Misbah Hul Anwar pula kira-kira satu meter dari mereka.

Dua lagi mayat iaitu Habi ditemui di bilik depan, manakala Tabiyah ditemui rentung di pintu hadapan rumah sementara Samsul yang melecur ditemui di hadapan rumah.

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis uji DNA mangsa rentung

[UPDATE] Lima warga Indonesia rentung

Lima rentung di Sungai Petani

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 4:49 PM