Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


MANGSA keenam kejadian kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, Sungai Petani, kelmarin, meninggal dunia 2.15 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, mangsa dikenali Samsul, 40, yang melecur teruk dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dilaporkan keadaan kritikal sebelum meninggal dunia hari ini.

Menurutnya, pihak Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang sudah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Portal Harian Metro kelmarin melaporkan lima mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya manakala seorang lagi melecur teruk.

Mereka yang terbunuh termasuk pasangan suami isteri dikenali sebagai Mat Holel Tubat, 40, dan Ume, 35, Misbah Hul Anwar, 17, Tabiyah, 67, dan Habi Tokrimin, 40.

Mayat Mat Holel dan Ume ditemui dalam keadaan bertindih di bilik belakang manakala mayat Misbah Hul Anwar pula kira-kira satu meter dari mereka.

Dua lagi mayat iaitu Habi ditemui di bilik depan, manakala Tabiyah ditemui rentung di pintu hadapan rumah sementara Samsul yang melecur ditemui di hadapan rumah.

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis uji DNA mangsa rentung

[UPDATE] Lima warga Indonesia rentung

Lima rentung di Sungai Petani

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2017 @ 3:45 PM