TUJUH 7 calon SPM terpaksa menduduki peperiksaan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my


TUJUH daripada 31,376 calon SPM di Kelantan terpaksa menduduki peperiksaan itu di hospital, hari ini.

Empat calon menduduki peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala tiga lagi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.

Kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menyebut, 273 pusat peperiksaan dibuka dengan 2,380 petugas ditempatkan.

“Daripada jumlah itu, 23,285 calon sekolah kerajaan, MRSM (901), Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (423), Yayasan Islam Kelantan (YIK) (5,029), swasta (117) dan calon persendirian (1,621) serta 49 Calon Berkeperluan Khas (CBK).

“Bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula, 14,193 calon menduduki di 59 pusat peperiksaan sambil dipantau 1,509 petugas,”€ katanya.

Seramai 14,164 ada calon sekolah kerajaan dan 29 lagi calon swasta.

Sementara itu, Kelantan merekodkan 3,071 calon yang menduduki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun ini di lima kolej vokasional seluruh negeri, dipantau petugas 87 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2017 @ 10:37 AM