Kemalangan mengorbankan budak perempuan berusia lapan tahun di Kampung Pahi, Kuala Krai hari ini. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my


BUDAK perempuan berusia lapan tahun maut dirempuh pacuan empat roda di Kampung Pahi, Kuala Krai, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa Nur Madihah Yahya, 8, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kakaknya, Fatin Syafi Syafiah berusia 13 tahun parah dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.17 pagi memaklumkan sebuah pacuan empat roda merempuh kanak-kanak.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang parah sudah dibawa ke hospital oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 7:14 PM