Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


SARUNG tangan, ‘snow cap’ dan telefon yang dibeli dan disediakan sebelum berlepas ke Iran antara barangan yang disahkan oleh isteri pendaki negara arwah Ramli Abd Majid ketika membuat pengecaman di rumah mayat di Kahrizak, Tehran, Iran, hari ini.

Roslida Ablah, 42, membuat pengecaman itu kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) sebelum jenazah dimandi dan dikafankan oleh pengurusan Pusat Pengebumian Behesht-e Zahra di Tehran.

Rakan arwah, Mohd Khafiz Bachok, 39, berkata, Roslida kelihatan tenang ketika membuat pengecaman itu dan mengesahkan semua barangan yang ditemui adalah milik arwah suaminya.

“Roslida memaklumkan dia kenal semua barang milik suaminya berikutan kebanyakannya seperti sarung tangan dan ‘snow cap’ dibeli bersama-sama sebelum suaminya berlepas ke Iran, tahun lalu.

“Alhamdulillah, isteri arwah sangat tenang dan sudah reda dengan kehilangan ini, sebaik pengecaman dibuat jenazah terus dimandi dan dikafan oleh pengurusan Pusat Pengebumian Behesht-e Zahra,” katanya kepada Harian Metro.

Mayat Ramli ditemui sekumpulan pendaki Iran ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter, Jumaat lalu, sebelum Palang Merah Iran menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Pada 20 November tahun lalu, Ramli dan rakan, Syed Ridzuan Syed Salim Shatri dilaporkan hilang selepas terpisah daripada kumpulan yang memulakan pendakian ke puncak Gunung Damavand di Iran,

Mayat Syed Redzuan ditemui di yakhar glacier pada jam 12.45 tengah hari waktu tempatan (jam 5.45 petang waktu Malaysia) enam hari kemudian, dipercayai terjatuh dari ketinggian 4,100 meter.

Berita berkaitan

Dua bulan lalu dah dapat petunjuk [METROTV]

Sah mayat Ramli

'Motivasi Ramli kental sentiasa diingati'

Mayat pendaki ditemui selepas setahun

Dua rakyat kita dikhuatiri hilang

Jumpa jasad dan objek

Syed Redzuan selamat dikebumi [METROTV]

Terus usaha cari seorang lagi pendaki

Operasi SAR ditangguhkan

Tangguh pencarian

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 November 2017 @ 6:46 PM
Roslida (kiri) bersama seorang kakitangan Kedutaan Malaysia di Iran menunggu di luar pekarangan rumah mayat di Kahrizak, Tehran, Iran, untuk pengecaman jenazah Ramli.