Keadaan banjir di Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir, sebelum kembali surut petang tadi. FOTO Amran Yahya
Amran Yahya
am@hmetro.com.my


HUJAN lebat sejak petang tadi menyebabkan 92 orang daripada 32 keluarga di Kampung Orang Asli Guntur, Batu Kikir dipindahkan ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam 1.2 meter, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.08 petang.

“€œSemua mangsa berjaya diselamatkan dan dipindahkan di dewan orang ramai Kampung Guntur.

“€œBagaimanapun air sudah surut sepenuhnya pada jam 6.40 petang namun hanya ketua keluarga pulang ke rumah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan manakala wanita dan kanak-kanak masih ditempatkan di pusat pemindahan,”€ katanya.

Menurut Eva Saifun, selain anggota bomba, turut terbabit dalam membantu mangsa adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 11:23 PM