Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my


PROMOSI jualan akhbar Harian Metro di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, hari ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila 752 naskah terjual dalam masa dua jam.

Orang ramai khasnya kalangan penyokong pasukan bola sepak Kedah yang hadir membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara pasukan Kedah dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tidak melepaskan peluang membeli akhbar bermula 9 pagi.

Penjualan berkenaan turut diadakan serentak di Stadium Larkin, Johor Bahru, hari ini.

Pekerja swasta Mohamad Harith Rosli, 21, berkata, dia mula membaca akhbar ini sejak di bangku sekolah kerana tertarik dengan isi kandungan berita dilaporkan.

"Saya mula membaca akhbar ini sejak di bangku sekolah menengah apabila ayah melanggan Harian Metro.

"Saya tertarik dengan kandungan beritanya yang padat bagi isu semasa dan jenayah," katanya.

Sementara itu, Pembantu Pemasaran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Mohd Fauzi Abu berkata, sebanyak 2,000 naskah akhbar Harian Metro disediakan untuk jualan pada hari ini.

"Setakat 11 pagi ini, sebanyak 752 naskah dijual dan kita akan berada di sini sehingga 1 tengah hari.

"Kita mengalu-alukan orang ramai di sekitar kawasan ini datang mendapatkan akhbar Harian Metro terus di pekarangan stadium,” katanya.

Menurutnya, seramai lima kakitangan terbabit dalam aktiviti promosi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 11:55 AM
Peminat Kedah mendapatkan Harian Metro yang dijual kakitangan NSTP (kiri) di perkarangan Stadium Darul Aman, hari ini.