Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


DUA pemandu bas kilang yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Juru dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kedua-dua mereka dibebaskan jam 12 tengah hari tadi dan akan dipanggil untuk menghadirkan diri bagi tujuan pendakwaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, kertas siasatan kemalangan itu sudah disiapkan pihaknya dan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri.

"Bagaimanapun, kertas siasatan itu terpaksa dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi tujuan selanjutnya

"Pendakwaan ke atas mereka juga akan dilakukan dengan segera mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi .

Berita berkaitan

[UPDATE] Jenazah dijangka tiba esok

Hantar jenazah ke Indonesia malam ini

Bawa waris mangsa ke sini

Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Oktober 2017 @ 6:23 PM