SEMUA warga Indonesia yang maut dalam nahas kemalangan bas di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) awal pagi semalam selamat dikafankan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) untuk dihantar pulang ke tiga daerah di Indonesia malam ini. FOTO Amir Irsyad Omar
Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


TUJUH jenazah wanita warga Indonesia yang maut dalam kemalangan dua bas kilang semalam, dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Seberang Jaya untuk dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) 7.35 malam tadi.

Tujuh jenazah itu dibawa menggunakan lima van termasuk dua van yang masing-masing membawa dua jenazah.

Jenazah kesemua mangsa akan dibawa pulang ke tanah air mereka malam ini dan dijangka tiba esok bagi tujuan pengebumian.

Dalam kemalangan semalam, lapan wanita yang juga pekerja kilang maut termasuk seorang warga tempatan manakala selebihnya warga Indonesia.

Mereka yang meninggal dunia adalah Noriah Kasa, 40, warga tempatan manakala warga Indonesia terdiri daripada Serlia, 21, Tumangger Rusni, 22, Yeni, 20, Sartika Pasaribu, 19, Wami Windasih, 19, Faridah, 18 dan Titik Katinengsih, 23.

Berita berkaitan

Hantar jenazah ke Indonesia malam ini

Bawa waris mangsa ke sini

Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 8:48 PM