Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my

Bagan Serai : “Hajat Noriah untuk melihat anak bongsunya, Zarul Haziq Zuryanidufizan bergelar ustaz apabila dewasa nanti tidak kesampaian,” kata Rosnah Kasa, 50, kakak kepada Noriah Kasa, 40, mangsa tunggal wanita warga tempatan yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas kilang di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Menurut Rosnah, arwah adiknya seorang ibu tunggal yang amat bertanggungjawab kepada anak-anak dan kali terakhir dia bertemu serta makan bersamanya adalah pada Ahad lalu.


ROSNAH menunjukkan gambar Noriah (kiri dalam gambar) bersama dua anaknya.

“Ketika kali terakhir berjumpa dengannya Ahad lalu, dia hanya berkelakuan seperti biasa. Waktu itu semua adik-beradik kami berkumpul di rumah saya ini berikutan cuti sekolah.

“Berita mengenai kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Noriah anak bongsu daripada lima beradik pernah menyatakan hajat untuk melihat satu-satu anak lelakinya itu bergelar ustaz dan disebabkan itu dia menghantar anaknya belajar di sebuah sekolah tahfiz di Bayan Lepas, Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, di sini, semalam.

Selain Zarul Haziq yang berusia 12 tahun, dua lagi anak arwah ialah Norasyikin, 20, dan Nornadia, 18.

Menurut Rosnah, arwah adiknya sudah empat tahun bekerja di kilang itu.

Jenazah Noriah dibawa ke Masjid Jamek Sungai Dungun untuk disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Dungun pada jam 6 petang, semalam.

Berita berkaitan:

'Insya-Allah Adik bergelar ustaz'

[UPDATE] Dua pemandu bas direman 4 hari

[UPDATE] Bawa waris mangsa ke sini

[UPDATE] Pemandu ada tiga waran tangkap

Ada yang terjun dari bas

'Jaga diri, nak'

‘Syikin, tolong mak... tolong mak’/a>

'Drebar' bas cabut lari ?/a>

Hilang rakan karib sekelip mata

4 pekerja maut di lokasi, 30 cedera

Lapan pekerja kilang terbunuh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Oktober 2017 @ 10:01 AM
ANAK Noriah menjirus air di pusara ibunya pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Dungun, Bagan Serai.