GAMBAR fail. Foto NSTP
HM Digital

Kuala Lumpur: Peralihan monsun yang berlaku akan menyebabkan negeri Pantai Barat Semenanjung mengalami hujan lebat serta ribut petir pada sebelah petang dan kebanyakan kawasan Semenanjung dijangka menerima paras hujan normal antara 150 milimiter (mm) hingga 350 mm.

Berdasarkan tinjauan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Monson Timur Laut biasanya akan bermula pada November sekali gus mempengaruhi keadaan cuaca negara apabila negeri di kawasan Pantai Timur Semenanjung akan mengalami cuaca lembap terutama di Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, sepanjang November kebanyakan kawasan di Semenanjung akan menerima hujan yang normal dengan jumlah taburan hujan antara 200mm hingga 500mm.

Fasa peralihan monsun yang bermula sejak minggu lalu dijangka berterusan hingga awal November depan yang akan menyebabkan Malaysia menerima tiupan angin dari pelbagai hala dengan kelajuan lemah.

Sebelum ini, MetMalaysia sebelum ini, kejadian hujan lebat setempat dalam jangkamasa singkat serta angin kencang adalah perkara lazim yang kerap berlaku terutama pada sebelah petang dan malam.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada kesan ribut petir yang kerap berlaku ketika fasa peralihan monsun seperti hujan lebat, angin kencang dan petir.

Maklumat terkini cuaca boleh diperoleh melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil-myCuaca, facebook:malaysiamet, twitter:@malaysianmet atau MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 10:33 AM