ANDREW maut serta-merta di tempat kejadian selepas terjatuh daripada motosikal.
HM Digital

Kuala Lumpur: Seorang anggota Cawangan Khas (E1) Bukit Aman maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Cheras berhadapan Leisure Mall, Cheras, di sini, menghala ke Kajang, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Konstabel Andrew Anak Among, 20, dipercayai melanggar belakang sebuah lori sebelum terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mahkota, Cheras.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sebelum akan diterbangkan ke Kanowit, Sibu, Sarawak untuk proses pengebumian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 10:18 AM