GAMBAR hiasan
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


LELAKI maut selepas terjatuh dari tingkat 6, Apartment Kipark di Taman Kip, Kepong, 11 malam tadi.

Terdahulu lelaki berusia 46 tahun cuba terjun dari bangunan 25 tingkat itu.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.12 malam.

"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan.

"Setibanya di lokasi kami mendapati lelaki itu sudah berada di tingkat bawah dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 1:37 AM