NOH (kanan) pada Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2017 di Sunway Resort Hotel & SPA, semalam.
Idris Musa
idris@hmetro.com.my


Petaling Jaya: Pihak swasta diminta membantu kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik berharga sekitar RM300,000 ke bawah kepada rakyat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pihak kerajaan melaksanakan banyak projek perumahan dalam usaha untuk mencapai sejuta rumah mampu milik.

“Kerajaan belanja banyak wang dalam usaha membantu rakyat mendapatkan rumah. Jadi, saya minta tolong semua pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Sekarang saya tengok rumah harga RM600,000 hingga RM700,000. Ya, kita faham masalah pemaju, harga tanah mahal, material mahal. Tapi kita minta juga kalau pemaju boleh memberi pertimbangan untuk rumah mampu milik, lebih kurang RM300,000 ke bawah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2017 di Sunway Resort Hotel & SPA, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 8:53 AM