King (tengah) bersama Annie (kiri) dan Charles Sathis Nair (kanan) menunjukkan angka 16 sebagai simbolik tarikh pembukaan IKEA Tebrau. FOTO Zain Ahmed
Mary Victoria Dass 
maryvictoria@hmetro.com.my

GEDUNG IKEA terbesar di Asia Tenggara akan mula beroperasi pada 16 November depan di Tebrau, Johor Bahru.

Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King berkata, ia juga gedung pertama di selatan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan pihaknya yakin penduduk Johor tidak melepaskan peluang mengunjungi gedung ini.

Cawangan IKEA Tebrau memiliki semua ciri gedung IKEA termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah.

"Lebih 8,000 hiasan rumah rekaan Sweden dan berharga berpatutan bakal ditawarkan.

"IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru.

"IKEA Tebrau boleh memuatkan 750 pelanggan dan gedung ini menyediakan 1,771 parkir serta stesen mengecas kereta elektrik," katanya pada sidang media sempena Majlis Roof Capping, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Gedung IKEA Tebrau Annie Chandler berkata, pihaknya melakukan persiapan terakhir sebelum pembukaan gedung berkenaan. Ia termasuk fasa akhir pemasangan dalaman, persediaan operasi dan melatih pekerja.

"Setakat ini, kami sudah memilih 300 pekerja untuk bekerja di sini," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 5:54 PM