Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.mt


LELAKI, 60-an, parah selepas lori muatan sayur dipandunya berlanggar dengan lori muatan tanah di Jalan Kampung Marahang Gana, Papar, tengah hari ini.


Ahmad Sufi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua anggota polis di Kilometer 139.5 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, 12 Oktober lalu. FOTO Rosli Ilham

Dalam kejadian 12.10 tengah hari, mangsa yang parah di muka kemudian dikejarkan ke Hospitar Papar menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.


Keadaan kenderaan dan rumah yang rosak teruk akibat dirempuh sebuah lori balak di Kampung Simpang Empat Kundur, Gua Musang, malam tadi. FOTO Ramli Ibrahim

Pemandu lori muatan tanah tidak cedera.

Ketua BBP Papar Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan 12.12 tengah hari, jentera dan EMRS seramai lapan anggota dikerah ke lokasi kemalangan.


Lori muatan tanah yang berlanggar dengan lori dengan muatan sayur. FOTO Ihsan Bomba

"Sebaik tiba, kemalangan membabitkan lori muatan sayur berlanggar dengan lori muatan tanah.

"Anggota bomba segera mengeluarkan pemandu lori sayur yang parah di muka di tempat duduk hadapan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

"Operasi tamat 12.44 tengah hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2017 @ 6:31 PM