RAJA Nor Mahani Raja Shahar Shah
Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my


RAJA Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah mangkat pada 5.07 petang, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.

Katanya, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 10 pagi hingga 11.30 pagi manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula 11.30 pagi.

"Jenazah Almarhumah Tuanku akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak, hari ini.

Zambry mewakili seluruh rakyat negeri Perak merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para solehah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 10:50 PM