Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com.my

 

 

JURULATIH pasukan renang kebangsaan yang ditahan kerana merogol atlet penerjun wanita negara direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, suspek ditahan susulan laporan yang diterima mengenai atlet penerjun wanita negara yang dirogol pada 26 September lalu.

"Mangsa membuat laporan pada 1 Oktober kerana bimbang akan keselamatannya.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga jurulatih," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berita berkaitan:

Atlet dakwa dirogol jurulatih

[UPDATE] Jurulatih renang ditahan

[UPDATE] Dirogol dua kali sejak 2106?

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 7:03 PM