GAMBAR hiasan
Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my


SEORANG lelaki yang pengsan di sebuah kelab golf di Bangi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sebuah pusat perubatan, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, lelaki berusia 52 tahun itu pengsan ketika bermain golf.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa dipercayai mengalami sakit jantung sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan.

"Seorang lelaki yang pengsan dibawa ke sebuah pusat perubatan di Bandar Baru Bangi.

"Sebaik tiba di pusat perubatan, lelaki itu disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan punca kematian dikenal pasti disebabkan serangan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 4:10 PM