PESERTA yang menyertai Kayuhan Fire Fighter Fun Ride 2017.
HM Digital

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menganjurkan kayuhan basikal bagi mewar-warkan kempen keselamatan kebakaran kepada masyarakat
di negeri ini.

Kayuhan Fire Fighter Fun Ride 2017 itu disertai lebih 1,200 peserta daripada kelab berbasikal seluruh negara selain JBPM Kelantan.

Timbalan Pengarah JBPM Kelantan Penguasa Kanan Bomba 1 Anwar Abu Bakar berkata, program itu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya kebakaran.

“Ia kali kedua dianjurkan dengan kerjasama Kelab Basikal Bomba Kelantan dan JBPM Kelantan dengan jarak kayuhan 30.5 kilometer.

“Peserta memulakan kayuhan di pekarangan JBPM Tunjong seterusnya melalui Wakaf Che Yeh, Jalan Hamzah, Kubang Kerian, Padang Enggang dan berakhir di JBPM Tunjong,” katanya selepas merasmi dan melepaskan peserta Fire Fighter Fun Ride 2017, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2017 @ 5:22 AM